|
Lawatan Pemantauan SSQS SMK Matang |
|
Ditulis oleh Azmi bin Haji Isa
|
|
Khamis, 28 Ogos 2008 |
|
 SMK Matang telah dilawati oleh Dr. Rosma binti Othman dan Cik Rohana binti Abdul Rahman, pegawai Bahagian Teknologi Pendidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia bagi meninjau penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran. Selaras dengan itu juga adalah untuk menilai sejauhmana tahap Smart School Qualification System (SSQS) SMK Matang ini. Tahniah kepada SMK Matang kerana mencapai taraf 5 bintang dalam penarafan SSQS ini. Turut hadir dalam lawatan pemantau itu ialah Encik Mat Nawi bin Omar, Pegawai Teknologi Pendidikan BTPN Terengganu dan Encik Mohd Soffi bin Othman, PTP PKG Kuala Berang. Hadir sama juga adalah Encik Jalaluddin bin Ismail Penolong PPD Daerah Hulu Terengganu. |
|
Terakhir dikemaskini ( Isnin, 01 September 2008 )
|
|
|
Program Pusat Sumber SMK Tersat |
|
Ditulis oleh Azmi bin Haji Isa
|
|
Rabu, 27 Ogos 2008 |
|
Majlis Pelancaran Program Pusat Sumber dan Bulan Membaca SMK Tersat telah disempurnakan oleh Ketua Unit Pengurusan Pusat Sumber Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Terengganu baru-baru ini di Dewan Utama SMK Tersat. Dalam ucap utama Cik Juraida binti Umat, beliau menyaran dan menyeru kepada semua warga pelajar agar menjadikan budaya membaca adalah suatu kemestian. Melalui Program Nilam misalnya, pengiktirafan telah diberikan kepada mereka yang berjaya mencapai tahap yang sepatutnya. Semoga Pelancaran program ini akan dapat memangkinkan lagi budaya membaca dikalangan warga sekolah. |
|
Terakhir dikemaskini ( Rabu, 27 Ogos 2008 )
|
|
|
Ditulis oleh Azmi bin Haji Isa
|
|
Ahad, 06 Julai 2008 |
|
|
|
|
Ditulis oleh Azmi bin Haji Isa
|
|
Jumaat, 08 Ogos 2008 |
|
 SMK Matang telah mewakili Daerah Hulu Terengganu dalam 'Project Based Learning' yang telah berlangsung selama 5 minggu di sekolah. Kemuncak Project Based Learning ini adalah melalui sesi 'Presentation Of Learning' POL yang telah diadakan pada 6-7 Ogos yang lepas di BTPN Terengganu. SMK Matang telah mendapat hadiah saguhati daripada 8 buah sekolah yang bertanding. Tahniah kepada SMK Matang kerana terpilih mewakili daerah dalam program Bahagian Teknologi Pendidikan ini. |
|
Terakhir dikemaskini ( Jumaat, 08 Ogos 2008 )
|
|
|
Ditulis oleh Azmi bin Haji Isa
|
|
Ahad, 03 Ogos 2008 |
|
 Tahniah kepada SK Kuala Berang yang mewakili Daerah Hulu Terengganu dalam Pertandingan Kuiz Kesihatan Peringkat Negeri yang berlangsung pada 1 dan 2 Ogos di Dewan SMK Durian Guling, Marang. Peserta SK Kuala Berang telah mendapat tempat ke-3 daripada 8 buah daerah yang mengambil bahagian. Tahniah, kepada guru dan murid-murid sekolah berkenaan di atas kemenangan ini. |
|
Terakhir dikemaskini ( Ahad, 03 Ogos 2008 )
|
|
|
Mesyuarat Pelaporan SKT PKG Daerah |
|
Ditulis oleh Azmi bin Haji Isa
|
|
Ahad, 27 Julai 2008 |
|
AHAD, 27 Julai 2008 - Mesyuarat Pelaporan SKT Setengah Tahun PKG Daerah Hulu Terengganu telah diadakan dengan jayanya di PKG Kuala Berang. Objektif utama mesyuarat ini adalah untuk mengemaskini SKT Setengah Tahun Peringkat Daerah Hulu Terengganu bagi penyediaan Pelaporan Peringkat BTN Terengganu pada 29-30 Julai ini. Mesyuarat ini lebih menumpukan kepada pencapaian setengah tahun dan pelaporan sehingga 30 Jun 2008. Diharapkan mesyuarat ini akan dapat menyelaras dan mengemaskini data semasa untuk dibawa ke mesyuarat nanti. | Webmaster |
|
Terakhir dikemaskini ( Ahad, 27 Julai 2008 )
|
|
|
|
<< Mula < Sebelum 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 Selepas > Akhir >>
|
| Keputusan 89 - 99 dari 122 |