|
Atas Talian |
|
Kami ada 7 tetamu online |
|
Keahlian |
 | 972 Berdaftar |
 | 4 Hari Ini |  | 23 Minggu Ini |  | 16 Bulan Ini |  | Terakhir: Lerygroro | |
|
Statistik Pelawat |
| Hari Ini: |
11 |
| Semalam: |
11 |
| Bulan Ini: |
142 |
| Jumlah: |
27225 |
| Sejak : |
2007-12-20 |
|
|
Berita Lain |
-
Januari, 2009
-
November, 2008
-
Oktober, 2008
-
Ogos, 2008
-
Julai, 2008
-
Mei, 2008
-
Mac, 2008
-
Februari, 2008
-
Januari, 2008
-
Disember, 2007
|
|
|
Ditulis oleh Azmi bin Haji Isa
|
|
Selasa, 21 April 2009 |
|
Dapatkan Lagu Tema Hari Guru 2009. Sila klik ruangan muat turun serta membuat pilihan pada ikon mp3. |
|
Terakhir dikemaskini ( Selasa, 21 April 2009 )
|
|
|
Majls Penyerahan Tugas PTP II PKG Tengkawang |
|
Ditulis oleh Azmi bin Haji Isa
|
|
Isnin, 20 April 2009 |
|

 ISNIN, 20 April 2009 - Berlangsungnya majlis ringkas penyerahan tugas Pegawai Teknologi Pendidikan II, PKG Tengkawang iaitu Encik Mohd Zaid bin Mamat yang telah bertukar ke SK Matang. Majlis penyerahan tugas ini dihadiri oleh Ketua Unit Pengurusan PKG, Tuan Haji Wan Mohd Zuhaidi bin Wan Hassan, Encik Rosdi bin Haji Hashim, PTP Unit Pengurusan PKG serta Pegawai Teknologi Pendidikan Daerah Hulu Terengganu. Tahniah kepada Encik Mohd Zaid di atas sumbangan kepada PKG selama tempoh bertugas dalam organisasi PKG dan BTPN Terengganu. |
|
Terakhir dikemaskini ( Isnin, 20 April 2009 )
|
|
|
Lawatan Pegawai MDEC Ke SK Tok Randok |
|
Ditulis oleh Azmi bin Haji Isa
|
|
Isnin, 20 April 2009 |
|
ISNIN, 20 April 2009 - SK Tok Randok, Ajil Terengganu adalah merupakan antara 15 buah sekolah terpilih untuk Fasa 1 Pembestarian Sekolah. Berdasarkan indikator SSQS yang telah dibuat, SK Tok Randok telah mencapai tahap minima 3 bintang bagi penarafan bintang Sekolah Bestari. Justeru itu, pegawai MDEC telah berkunjung ke sekolah ini bagi tujuan menyampaikan taklimat berkenaan pemilihan ini. SK Tok Randok akan menuju kepada sekolah Bestari Luar Bandar dimana cabaran diberi untuk dicapai pada tahun 2010. Turut hadir pegawai JPN Terengganu, PPD Hulu Terengganu, BTP dan BTPN Terengganu serta PKG Daerah Hulu Terengganu. Semoga sekolah ini akan menyahut seruan mencapai taraf 5 bintang menjelang 2010. |
|
|
Ditulis oleh Azmi bin Haji Isa
|
|
Rabu, 15 April 2009 |
|
Allahyarham Encik Wan Mohd Saupi bin Abdullah - 43 Tahun
Pagi ini satu berita mengejutkan kami terima kerana rakan seperjuangan kami telah kembali ke rahmahtullah pada jam 3.00 pagi. Arwah adalah Pegawai Teknologi Pendidikan PKG Permaisuri, Setiu Terengganu. Beliau menghembuskan nafas terakhir di Kampus UUM Sintok, kerana menyambungkan pelajaran di sana yang bakal kembali ke PKG pada 18 April ini. Bagi seluruh warga PKG Daerah Hulu Terengganu mengkalungkan ucapan takziah kepada keluarga arwah atas kehilangan yang besar dalam organisasi BTPN Terengganu dan PKG Terengganu. Mungkin, bagi yang mengenali beliau dengan rapat, sering bergurau bersama, amat terasa akan kehilangan ini kerana keakraban begini tidak akan berlaku lagi sampai bila-bila.
Al-Fatihah untuk arwah... semoga rohnya dicucuri rahmatoleh Allah s.w.t. Amin.... | Tulis Ucapan Takziah |
|
Terakhir dikemaskini ( Rabu, 15 April 2009 )
|
|
|
Ditulis oleh Azmi bin Haji Isa
|
|
Isnin, 06 April 2009 |
|
Khidmat Bantu Pusat Sumber SK Tengku Ampuan Intan telah diadakan pada 6-7 April 2008. Khidmat bantu ini dihadiri oleh Pegawai BTPN Terengganu iaitu Cik Juraida binti Umat dan Encik Lakowi bin Abd Rashid serta Pegawai Teknologi Pendidikan PKG Langkap dan Permaisuri. Turut sama adalah Pegawai Teknologi Pendidikan PKG Kuala Berang dan PKG Peroh. Lebih kurang 20 orang tenaga bergabung untuk menjalankan kerja-kerja fizikal dan rekod pengurusan Pusat Sumber Sekolah. |
|
Terakhir dikemaskini ( Isnin, 06 April 2009 )
|
|
|
Ditulis oleh Azmi bin Haji Isa
|
|
Khamis, 02 April 2009 |
PKG Hulu Terengganu mengucapkan syabas dan tahniah kepada Arif Firdaus bin Mohd Sohaimi dari SK Tengku Ampuan Intan (Kategori SR Bandar) dan Siti Nor Farliza binti Maaris dari SMK Matang (Kategori SM Luar Bandar) kerana berjaya mewakili Negeri Terenggaanu ke Majlis Anugerah Nilam Kebangsaan 2009 yang akan berlangsung di Hotel PUTRA Kuala Lumpur pada 20 - 24 April 2009. Selain itu, dua orang pelajar dari daerah ini juga telah terpilih menyertai Program Khemah Membaca Peringkat Kebangsaan yang akan berlangsung serentak sempena Majlis Anugerah NILAM Kebangsaan 2009. Mereka terdiri daripada Afifah Yasmin binti Zakaria dari SMK Tengku Ampuan Intan dan Muhammad Nor Salam dari SK Seri Berang. Semoga 4 peserta dari PKG Daerah Hulu Terengganu itu akan dapat mengharumkan nama PKG seterusnya menjulang nama BTPN Terengganu. |
|
Terakhir dikemaskini ( Isnin, 20 April 2009 )
|
|
| | << Mula < Sebelum 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 Selepas > Akhir >>
| | Keputusan 56 - 66 dari 122 |
|
|
Makluman |
|
|
|
Kalendar Hijrah |
| Ramadhan |
26
Ahad
|
| 1431 HIJRAH |
|
|