|
Atas Talian |
|
Kami ada 8 tetamu online |
|
Keahlian |
 | 972 Berdaftar |
 | 4 Hari Ini |  | 23 Minggu Ini |  | 16 Bulan Ini |  | Terakhir: Lerygroro | |
|
Statistik Pelawat |
| Hari Ini: |
10 |
| Semalam: |
11 |
| Bulan Ini: |
141 |
| Jumlah: |
27224 |
| Sejak : |
2007-12-20 |
|
|
Berita Lain |
-
Januari, 2009
-
November, 2008
-
Oktober, 2008
-
Ogos, 2008
-
Julai, 2008
-
Mei, 2008
-
Mac, 2008
-
Februari, 2008
-
Januari, 2008
-
Disember, 2007
|
|
|
BENGKEL FACEBOOK & GMAIL PENGURUSAN |
|
Ditulis oleh Marzilaini Mohamad
|
|
Rabu, 21 April 2010 |
|
21 APRIL 2010 - Bengkel tersebut berjaya diadakan di Bilik Seminar PKG Kuala Berang untuk Pengetua dan Guru Besar sekolah ahli PKG Kuala Berang. En. Alias, Guru Besar SK Tok Randok turut sama berkongsi bagaimana beliau menggunakan laman sosial Facebook bagi meningkat kompetensi kerjaya sebagai pengurus bestari. En. Marzilaini selaku fasiliatator bengkel trurut sama dibantu GPM dan Juruteknik SK Kuala Berang. |
|
|
Bengkel 'Hands On' Pemeriksaan Aset Alih Kerajaan |
|
Ditulis oleh Mohd Mahadir Bin A. Aziz @ Musa
|
|
Selasa, 13 April 2010 |
|

ISNIN, 12 April 2010 - Seramai 5 orang pegawai Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Terengganu yang dilantik dan bertanggungjawab sebagai Pegawai Pemeriksa Aset Alih Kerajaan telah mengadakan bengkel berkenaan bertempat di PKG Kuala Berang. Bengkel ini dipengerusikan oleh Tuan Haji Mohamed Kamal bin Hashim, Penolong Pengarah, BTPN Terengganu. Tujuan utama bengkel ini adalah untuk mengemaskini dan memantapkan aset alih kerajaan di BTPN Terengganu dan PKG Terengganu supaya dapat berjalan dengan baik. Pemeriksaan aset alih kerajaan ini akan berterusan di PKG-PKG yang lain. |
|
Terakhir dikemaskini ( Selasa, 13 April 2010 )
|
|
|
Jadual Pemantauan Online SPPICTS |
|
Ditulis oleh NUR ATIJA BINTI HASSAN
|
|
Ahad, 11 April 2010 |
|
Mohon semua sekolah mengikuti jadual yang telah ditetapkan bagi pengisian sistem online SPPICTS
Catatan: Untuk mengelakkan kesesakan, dipohon semua PKG dan sekolah ikut jadual di atas semasa mengisi data SPPICTS (melalui URL: http://ssqs.moe.edu.my atau http://pnp.moe.edu.my ). Pada 17 April (Sabtu), 24 April (Sabtu) dan 2 Jun (Ahad) terbuka kepada semua negeri. Pada 6 Mei (Khamis) hingga 9 Mei (Ahad) terbuka kepada semua negeri yang terlewat. Pastikan semua 8 bidang yang terlibat (iaitu: Capaian Internet, Pusat Akses Sekolah, Makmal Komputer, EduWebTV, Peralatan PPSMI, Perisian Kursus Pendidikan, ICT dalam Pengurusan dan Pentadbiran & Perkongsian Pintar) diisi dengan lengkap. Pengecualian di beri hanya kepada Pusat Akses Sekolah dan Perkongsian Pintar untuk sekolah yang tidak mempunya bidang tersebut.
|
|
Terakhir dikemaskini ( Ahad, 11 April 2010 )
|
|
|
MESYUARAT PENGURUSAN PPDHT |
|
Ditulis oleh Marzilaini Mohamad
|
|
Khamis, 08 April 2010 |
|
8.3.2010 - Mesyuarat Pengurusan PPD Hulu Terengganu mengadakan mesyuarat mingguan yang turut dihadiri oleh En. Marzilaini, PTP PKG Kuala Berang, En. Mohd Soffi, PTP PKG Peroh dan Pn. Nur Atija mewakili PKG Tengkawang. Tahniah dan terima kasih kepada Tuan PPD yang sudi menjemput pegawai PKG dalam perbincangan yang pertama kalinya dihargai. |
|
Terakhir dikemaskini ( Ahad, 11 April 2010 )
|
|
|
SISTEM PEMANTAUAN PENGGUNAAN ICT (SPPICTS) |
|
Ditulis oleh Mohd Mahadir Bin A. Aziz @ Musa
|
|
Selasa, 06 April 2010 |
|
SPPICTS Kutipan 1/2010 Sistem Pemantauan Penggunaan ICT Sekolah (SPPICTS) ditangguhkan sementara waktu atas masalah teknikal. Harap tuan/puan tidak menggunakan sistem ini sementara waktu. Pihak kami akan maklumkan selepas masalah diatasi. Harap maklum. |
|
Terakhir dikemaskini ( Ahad, 11 April 2010 )
|
|
|
Mesyuarat Jawatankuasa kerja PKG Peroh 2010 |
|
Ditulis oleh Mohd Mahadir Bin A. Aziz @ Musa
|
|
Khamis, 01 April 2010 |
Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Teknologi Maklumat PKG Peroh Kali 1/2010 telah diadakan pada 28 Mac 2010 bertempat di Bilik Mesyuarat PKG. Mesyuarat yang dipengerusikan oleh Encik Awang bin Ibrahim, Pengetua SMK Landas telah merangka beberapa aktiviti yang akan dijalankan sepanjang tahun ini. Selain itu, Pegawai Teknologi Pendidikan PKG Peroh telah membentang laporan aktiviti 2009 dan memberikan taklimat ringkas Pemantauan Penggunanaan Inisiatif ICT (SPPICTS) kepada ahli jawatankuasa yang terdiri daripada Guru Penyelaras Bestari dan Guru Penyelaras ICT. Terima kasih kepada semua pihak yang memberikan idea ke arah pemantapan pengunaan ICT disekolah dan menjayakan mesyuarat tersebut. |
|
Terakhir dikemaskini ( Khamis, 08 April 2010 )
|
|
| | << Mula < Sebelum 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 Selepas > Akhir >>
| | Keputusan 12 - 22 dari 122 |
|
|
Makluman |
|
|
|
Kalendar Hijrah |
| Ramadhan |
26
Ahad
|
| 1431 HIJRAH |
|
|