Muka Depan arrow Profil PKG
Home    Contacts
Menu PKG
Profil PKG
PKG Kuala Berang
PKG Peroh
PKG Tengkawang
Projek ICT
Pusat Akses Sekolah
Schoolnet
SMS MyPressto
Projek Oracle Think
CyberSchool
Informasi Sekolah
Pusat Sumber Sekolah
Program Nilam
Forum Komuniti
Senarai Sekolah
Pentadbiran
Administrator
Webmail Staff
Gmail Login
BTP Webmail
IPejabat Clock In
Ipejabat Login
Keahlian
972 Berdaftar
4 Hari Ini
23 Minggu Ini
16 Bulan Ini
Terakhir: Lerygroro
Statistik Pelawat
Hari Ini: 10
Semalam: 11
Bulan Ini: 141
Jumlah: 27224
Sejak : 2007-12-20
Akhbar Utama
Berita Harian Online
Utusan Malaysia Online
New Strait Times
The Star
Berita Lain
Rakan PKG
PKG Bukit Besar
PKG Marang
PKG Bukit Besi
PKG Manir
PKG Permaisuri
PKG Mengabang Telipot
PKG Durian Burong
PKG Paka
PKG Bukit Payong
PKG Tok Jiring
Profil PKG PDF Cetak Emel
Ditulis oleh Marzilaini Mohamad   
Khamis, 20 Disember 2007


SEJARAH PKG

Dari segi sejarahnya, gerakan ke arah penubuhan PKG berlaku secara beransur-ansur, bermula dengan penubuhan Pusat Sumber Tempatan dalam tahun 1978 dan digantikan namanya dengan Pusat Media Daerah dalam tahun 1981. Selaras dengan konsep dan rasional penubuhan Pusat Sumber Pendidikan Negeri di empat negeri dalam tahun 1982 – 1984 dan Pusat Sumber sekolah di seluruh negara dalam tahun 1983, Pusat Media Daerah telah ditukar namanya kepada Pusat sumber pendidikan Daerah (PSPD) dalam tahun 1986 Pada tahun seterusnya, adalah disedari bahawa istilah PSPD menimbulkan kekeliruan  disebabkan ‘Daerah’ yang digunakan kepada nama PSPD sebenarnya tidak mencerminkan satu daerah pentadbiran kerana di dalam sesuatu daerah pentadbiran Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) lazimnya terdapat lebih daripada sebuah PSPD. Dalam pada itu beberapa perkembangan yang telah dialami dalam bidang pendidikan hasil daripada meningkatnya keperluan profesional guru-guru, PSPD ditukar namanya kepada Pusat Kegiatan Guru serta diberikan peranan yang lebih luas. Pertukaran nama ini adalah untuk memberi satu gambaran sebenar tentang aktiviti yang dijalankan di pusat ini. Merujuk kepada surat Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia bertarikh 14 Ogos 1990 yang ditujukan kepada semua Pengarah Pendidikan Negeri, “PKG adalah merupakan pusat logistik bagi hal-hal pengajaran dan pembelajaran. Ianya juga berfungsi sebagai satu pusat di mana perbincangan dikalangan guru-guru setempat di atas isu-isu dan masalah-masalah profesional dapat diadakan”.

 

 

PENGENALAN

Pusat kegiatan Guru (PKG) merupakan jalinan rancangan prasarana pendidikan yang memberi perkhidmatan kepada guru-guru setempat bagi menjalankan aktiviti-aktiviti profesional yang mengutamakan kurikilum berlandaskan teknologi pendidikan selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. PKG adalah sebuah institusi yang berperanan atas dasar ‘Dari guru, oleh guru, untuk guru’ telah memberi peluang kepada guru-guru setempat mengemukakan masalah-masalah dan idea-idea dalam mempertingkatkan proses pengajaran dan pembel;ajaran secara terbuka. 

 

 

MATLAMAT

 

Matlamat PKG adalah untuk meningkatkan kualiti pendidikan di sekolah-sekolah melalui peningkatan taraf profesionalisme keguruan berdasarkan kepada penghayatan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. PKG akan merealisasikan potensi dan personaliti guru sehingga dapat melaksanakan amanah dengan baik dalam setiap peringkat dan bidang kehidupan bagi menghadapi cabaran Wawasan 2020 selaras dengan dasar pembangunan negara.

 

 

OBJEKTIF

 

  • Meningkatkan pengetahuan dan kemahiran guru-guru dalam teknopen.
  • Mengumpulkan dan menyebarkan maklumat profesional pendidikan.
  • Meningkatkan keberkesanan pengurusan dan penggunaan Pusat Sumber Sekolah.
  • Membantu dan menghasilkan bahan sumber pengajaran dan pembelajaran.
  • Meningkatkan pengetahuan dan kemahiran guru-guru ICT.
  • Menyediakan kemudahan bagi aktiviti profesional pendidikan untuk guru dan masyarakat setempat.


 

VISI

Ke arah pembudayaan penggunaan media dan teknologi pendidikan di setiap sekolah

MISI

Membina, mempertingkat dan mengekalkan amalan penggunaan teknologi pendidikan dalam proses pengajaran dan pembelajaran secara kreatif dan inovatif. 

 

FUNGSI

FUNGSI.1:      Memantau dan memantapkan pelaksanaan Pembestarian Sekolah.

                  1.1: Pemantauan Pusat Sumber Sekolah.

                  1.2: Pemantauan aktiviti Pembestarian Sekolah.

                  1.3: Pemantauan penggunaan Teknologi Pendidikan dan Media di sekolah.

                  1.4: Memberi Khidmat bantu dan nasihat Pusat Sumber Sekolah.

                  1.5: Memberi khidmat bantu dan nasihat penggunaan Teknologi Pendidikan

                         dan Media di sekolah.

                  1.6: Memberi khidmat bantu dan nasihat Pembestarian sekolah.

 

 

FUNGSI 2:       Menghasilkan Bahan Sumber Pengajaran dan Pembelajaran,

                   Pengurusan,Latihan Pelbagai Media.

                   2.1: Membantu menghasilkan bahan sumber pelbagai media.

                                     a. Bahan cetak.

                                     b. Bahan bukan cetak.

           

FUNGSI 3:        Menyebarkan Bahan Pengajaran dan Pembelajaran, Pengurusan

Latihan Pelbagai Media.
       3.1: Membuat rakamsalin dan menyebarkan bahan-bahan terbitan

 BTP/BTPN/PKG
       3.2: Menyebarkan bahan-bahan daripada BTP/BTPN
       3.3: Menyebarkan bahan-bahan promosi dari BTP/BTPN/PKG

              Dalam pelbagai bentuk.

 

FUNGSI 4:      Mengurus Program Peningkatan Profesionalisma Berkaitan

                  Pembestarian Sekolah.

                  4.1: Mengendali dan mengurus bengkel pengurusan

                        Pusat Sumber Sekolah.

                  4.2: Mengendali dan mengurus bengkel Teknologi Pendidikan.

                  4.3: Mengendali dan mengurus bengkel ICT dan Pembestarian Sekolah.

 

 

 

 

Terakhir dikemaskini ( Khamis, 08 April 2010 )
 
Waktu Sekarang
Makluman
PEMANTAUAN PUSAT KEGIATAN GURU 2010

Dimaklumkan BTPNT  akan mengadakan pemantauan ke setiap PKG daerah masing-masing mengikut tarikh yang telah diberikan, diharapkan agar PKG Hulu Terengganu bersiap sedia.

sekian harap maklum.

 
PEMANTAUAN SPPICTS 2010

 Di minta agar guru penyelaras ICT (GPI),guru penyelaras Bestari (GPB) serta guru perpustakaan dan media boleh mengisi sekarang data SPPICTS secara online kali ke2  bermula pada 20 Jun hingga 9 Julai 2010 dan disarankan agar mengisi data tersebut lebih awal kerana dapat mengelak daripada kesesakan laluan website tersebut. Diharapkan agar rakan-rakan PKG  bersedia dalam melakukan tugasan pemantauan tersebut dengan baik. sekian terima kasih........Harap Maklum.

 
Khidmat Rakam Salin
Kepada sekolah yang ingin membuat rakam salin VCD/DVD aktiviti Ko-Akademik bolehlah berhubung dengan PKG anda. Terima kasih.
 
Rangkaian

Kementerian Pelajaran Malaysia

Bahagian Teknologi Pendidikan

Bahagian Teknologi Pendidikan Terengganu

Eduwevtv

 
Rangkaian PPD












Sistem Talian

Sila Klik

Gambar Pilihan
bilik bengke1l.jpg
Kalendar Hijrah
Ramadhan
26
Ahad
1431 HIJRAH
Kalendar Masihi
Mesej Anda
Mesej Terkini: 3 bulan, 3 minggu lalu
  • DaNoNE : lagu nilam ade tak admin..
  • admin : kepada cheminah.. bahan anda hantar telah di approve.. maaf atas kelewatan tersebut
  • admin : Assalamualaikum..
  • admin : nanti kawe cuba check dia punyer component tersebut
  • admin : amat kami alukan untuk sebarang bahan dihantar.. tapi hantar ikut mana tu?
  • CheMinah : Saya telah mencuba beberapa kali untuk menghantar bahan Sains UPSR agar dapat dikongsi bersama.Malnagnya tak berjaya... Camno?
  • admin : kami pun turut terasa akan kehilangan beliau disaat khidmat beliau masih lagi diperlukan... dengan idea yang serba baru dan boleh dijadikan teladan kepada semua...
  • CheMinah : Selamat Bersara kepda Tn. Hj Jamaluddin Abu Bakar.... Warga pendidikan Trg kehilangan seorang kakitangan yg sgt berwibawa... bg yg pernah bertugas bersama beliau, tentunya menyedari hakikat ini.. semoga kapasiti masa pencen ini terisi dgn penuh bermakna..
  • admin : terima kasih kepada CheMinah.. perubahan demi perubahan akan dilakukan sedikit demi sedikit bagi memantapkan portal ini.. orang semacam anda adalah kami perlukan.. terima kasih.
  • CheMinah : setelah lama tidak menjengah ke sini, inilah untuk kesekian kalinya.... tapi nampak seperti dulu jua.. tiada perbezaan..

Anda perlu daftar untuk pos mesej!