Muka Depan arrow Pusat Akses Sekolah
Home    Contacts
Menu PKG
Profil PKG
PKG Kuala Berang
PKG Peroh
PKG Tengkawang
Projek ICT
Pusat Akses Sekolah
Schoolnet
SMS MyPressto
Projek Oracle Think
CyberSchool
Informasi Sekolah
Pusat Sumber Sekolah
Program Nilam
Forum Komuniti
Senarai Sekolah
Pentadbiran
Administrator
Webmail Staff
Gmail Login
BTP Webmail
IPejabat Clock In
Ipejabat Login
Keahlian
972 Berdaftar
4 Hari Ini
23 Minggu Ini
16 Bulan Ini
Terakhir: Lerygroro
Statistik Pelawat
Hari Ini: 11
Semalam: 11
Bulan Ini: 142
Jumlah: 27225
Sejak : 2007-12-20
Akhbar Utama
Berita Harian Online
Utusan Malaysia Online
New Strait Times
The Star
Berita Lain
Rakan PKG
PKG Bukit Besar
PKG Marang
PKG Bukit Besi
PKG Manir
PKG Permaisuri
PKG Mengabang Telipot
PKG Durian Burong
PKG Paka
PKG Bukit Payong
PKG Tok Jiring
Pusat Akses Sekolah PDF Cetak Emel
Ditulis oleh Marzilaini Mohamad   
Khamis, 20 Disember 2007

Apakah itu Pusat Akses Sekolah?

Pusat Akses Sekolah mengamalkan konsep ala "cyber cafe" tetapi lebih menjurus kepada pembelajaran. Ia merupakan satu ruang pembelajaran yang disediakan bagi membolehkan murid membuat pembelajaran secara kendiri (self learning) dan mempelbagaikan gaya pembelajaran mereka. Murid boleh mencari dan memilih sumber pembelajaran secara sendiri mengikut kadar kendiri, terarah kendiri dan akses kendiri.


Apakah matlamat Pusat Akses Sekolah?

Matlamat Pusat Akses Sekolah ialah untuk:

1. Membudayakan penggunaan ICT di sekolah
2. Mengurangkan nisbah komputer dengan murid

3. Meningkatkan masa penggunaan (contact hours) komputer oleh murid

Apakah objektif Pusat Akses Sekolah?

Objektif Pusat Akses Sekolah ialah untuk:
1. Meningkatkan kemahiran murid dalam mencapai maklumat
2. Membolehkan murid melaksanakan pembelajaran kadar kendiri, terarah  kendiri dan akses kendiri dengan
    lebih berkesan

3. Meningkatkan penggunaan dan penguasaan kemahiran ICT murid untuk pengajaran dan pembelajaran

Bagaimanakah Pusat Akses Sekolah beroperasi?

Pusat Akses Sekolah beroperasi semasa dan selepas waktu persekolahan. Ia juga digalakkan beroperasi pada hujung minggu dan cuti sekolah dengan syarat ada pengawasan oleh pihak sekolah yang boleh menjamin keselamatan peralatan dan boleh memantau penggunaan.


Apakah aktiviti murid di Pusat Akses Sekolah?

Murid boleh menggunakan Pusat Akses Sekolah ini untuk:
1. Mencari maklumat daripada Internet untuk pengajaran dan pembelajaran

2. Mengakses sumber maklumat seperti buku-buku, bahan bercetak atau bahan digital yang berkaitan
    (e-Learning)

3. Menyediakan tugasan dan slaid persembahan berkaitan dengan pembelajaran

4. Berkomunikasi dengan guru dan murid lain melalui e-mel

5. Berkolaborasi dengan murid lain

 

Siapa boleh menggunakan kemudahan Pusat Akses Sekolah?

Keutamaan menggunakan kemudahan Pusat Akses Sekolah diberikan kepada murid. Warga sekolah lain termasuk pentadbir sekolah, guru, dan staf sokongan boleh menggunakan kemudahan Pusat Akses Sekolah untuk memperoleh maklumat dari Internet

Apakah peralatan yang akan dibekalkan?

Setiap sekolah akan menerima peralatan 10 komputer dan satu pencetak untuk ditempatkan di perpustakaan atau mana-mana ruang bersesuaian. Peralatan tersebut dirangkaikan dengan rangkaian setempat.

Bilakah Pusat Akses Sekolah akan dipasang di sekolah?

Penubuhan Pusat Akses Sekolah akan dilaksanakan secara berperingkat mulai tahun 2006.

Apakah agihan penubuhan Pusat Akses Sekolah?

Agihan penubuhan Pusat Akses Sekolah meliputi 70 peratus sekolah luar bandar dan 30 peratus lagi di bandar. 70 peratus daripada jumlah sekolah yang dipilih merupakan sekolah rendah manakala baki 30 pertaus adalah sekolah menengah.

 

Apakah kriteria pemilihan sekolah untuk mewujudkan Pusat Akses Sekolah?

Pemilihan sekolah bagi mewujudkan Pusat Akses dibuat berdasarkan kriteria berikut:

  •  1. Ada ruang/bilik yang sesuai
  •  2. Ada bekalan elektrik 24 jam
  •  3. Ada akses kepada Internet
  •  4. Ada Makmal Pengkomputeran
  •  5. Kemahiran ICT warga sekolah
  •  6. Komitmen pihak pentadbir sekolah

Apakah bahan sumber pengajaran dan pembelajaran yang boleh didapati di Pusat Akses Sekolah?

Terdapat tiga (3) bahan sumber pengajaran dan pembelajaran dalam membantu murid ke arah pembelajaran kendiri iaitu akses kendiri, kadar kendiri dan terarah kendiri. Bahan tersebut ialah:
1. Bahan yang dimuat turun melalui penggunaan enjin pencari maklumat Internet seperti Google, Yahoo, Altavista,
    dan sebagainya

2. Portal Pendidikan untuk mendapatkan maklumat khusus seperti portal BTP, MySchoolNet, MyTutor, Online Smart
    Learning
, dan sebagainya

3. Bahan pembelajaran online seperti sumber digital dalam bentuk CD/VCD/DVD/CD audio seperti perisian
    kursus, perisian interaktif dan perisian berbentuk maklumat.

 

Terakhir dikemaskini ( Khamis, 08 April 2010 )
 
Waktu Sekarang
Makluman
PEMANTAUAN PUSAT KEGIATAN GURU 2010

Dimaklumkan BTPNT  akan mengadakan pemantauan ke setiap PKG daerah masing-masing mengikut tarikh yang telah diberikan, diharapkan agar PKG Hulu Terengganu bersiap sedia.

sekian harap maklum.

 
PEMANTAUAN SPPICTS 2010

 Di minta agar guru penyelaras ICT (GPI),guru penyelaras Bestari (GPB) serta guru perpustakaan dan media boleh mengisi sekarang data SPPICTS secara online kali ke2  bermula pada 20 Jun hingga 9 Julai 2010 dan disarankan agar mengisi data tersebut lebih awal kerana dapat mengelak daripada kesesakan laluan website tersebut. Diharapkan agar rakan-rakan PKG  bersedia dalam melakukan tugasan pemantauan tersebut dengan baik. sekian terima kasih........Harap Maklum.

 
Khidmat Rakam Salin
Kepada sekolah yang ingin membuat rakam salin VCD/DVD aktiviti Ko-Akademik bolehlah berhubung dengan PKG anda. Terima kasih.
 
Rangkaian

Kementerian Pelajaran Malaysia

Bahagian Teknologi Pendidikan

Bahagian Teknologi Pendidikan Terengganu

Eduwevtv

 
Rangkaian PPD












Sistem Talian

Sila Klik

Gambar Pilihan
1meeting.jpg
Kalendar Hijrah
Ramadhan
26
Ahad
1431 HIJRAH
Kalendar Masihi
Mesej Anda
Mesej Terkini: 3 bulan, 3 minggu lalu
  • DaNoNE : lagu nilam ade tak admin..
  • admin : kepada cheminah.. bahan anda hantar telah di approve.. maaf atas kelewatan tersebut
  • admin : Assalamualaikum..
  • admin : nanti kawe cuba check dia punyer component tersebut
  • admin : amat kami alukan untuk sebarang bahan dihantar.. tapi hantar ikut mana tu?
  • CheMinah : Saya telah mencuba beberapa kali untuk menghantar bahan Sains UPSR agar dapat dikongsi bersama.Malnagnya tak berjaya... Camno?
  • admin : kami pun turut terasa akan kehilangan beliau disaat khidmat beliau masih lagi diperlukan... dengan idea yang serba baru dan boleh dijadikan teladan kepada semua...
  • CheMinah : Selamat Bersara kepda Tn. Hj Jamaluddin Abu Bakar.... Warga pendidikan Trg kehilangan seorang kakitangan yg sgt berwibawa... bg yg pernah bertugas bersama beliau, tentunya menyedari hakikat ini.. semoga kapasiti masa pencen ini terisi dgn penuh bermakna..
  • admin : terima kasih kepada CheMinah.. perubahan demi perubahan akan dilakukan sedikit demi sedikit bagi memantapkan portal ini.. orang semacam anda adalah kami perlukan.. terima kasih.
  • CheMinah : setelah lama tidak menjengah ke sini, inilah untuk kesekian kalinya.... tapi nampak seperti dulu jua.. tiada perbezaan..

Anda perlu daftar untuk pos mesej!